Skip to content

EoiN

Growing Spiritually in Grace and Peace

Berkata Imam al-Jurjani; “Orang yg khusyuk ialah yg merendah diri kpd Allah dgn hati dan segala anggotanya”. (at-Ta’rifat)

Berkata Imam al-Kalbi; “Khusyuk itu ialah suatu keadaan di hati dimana dia mempunyai sifat takut, muraqabah (selalu memperhatikan Allah) dan merendah diri kpd kebesaran Allah, kemudian dia mempengaruhi segala anggota yg membawa berkeadaan khusyuk melakukan sholat, tdk menolah noleh, pandang mata fokus pada tempat sujud, berusaha menangis dan berdoa”.

Nabi Muhammad sallallahu alaihi wa sallam bersabda:
“Sejahat-jahat pencuri adalah orang yg mencuri dalam sholatnya. Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana ia mencuri dalam sholatnya? Baginda menjawab: Ia tdk menyempurnakan rukuk dan sujudnya.”.(Riwayat Imam Ahmad)

Suatu masa Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam memasuki masjid, lalu masuk seorang lelaki ke masjid utk melakukan sholat. Selesai sholat, ia mendatangi Rasulullah seraya mengucapkan salam. Setelah menjawab salam, Baginda berkata: “Kembalilah ke tempatmu dan sholatlah, kerana sesungguhnya engkau belum sholat”.

Lelaki itu lalu sholat semula spt tadi, tetapi Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam tetap menyatakan yg sama yaitu menyuruh lelaki itu utk mengulangi sholat kerana menurut Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam, lelaki itu blm mengerjakan sholat (secara sepatutnya). Hal ini berulang sampai tiga kali.

Lalu lelaki itu berkata: Demi zat yg mengutus engkau dgn kebenaran, aku tdk mampu mengerjakan yg lebih baik daripada ini, maka ajarlah aku. Baginda pun mengajarnya: ” Apabila engkau berdiri menunaikan sholat maka bertakbirlah, kemudian bacalah ayat al-Quran yg mudah bagimu, kemudian rukuklah sehingga engkau tumakninah dlm keadaan engkau rukuk, kemudian bangkitlah sehingga engkau tumakninah dlm keadaan engkau iktidal, kemudian sujudlah sehingga engkau tumakninah dlm keadaan sujud, kemudian bangkitlah sehingga engkau tumakninah …

 Ust Rochmad Supriyadi, Lc حفظه الله تعالى

┈┈»̶·̵̭̌✽✽·̵̭̌«̶┈

%d bloggers like this: